Sunday, September 21, 2008

Bagaimana Cipta Email Korporat Dengan Gmail

Dalam bisnes boleh dikatakan segala-galanya perlu nampak sifat korporatnya. Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana dalam bisnes kita perlu membina IMEJ atau IDENTITI. Dengan identiti yang tersendiri, kita mampu menjalinkan hubungan perniagaan dengan lebih ramai orang. Malahan orang yang belum kita kenali juga mampu tertarik kerana imej korporat kita. Mereka akan nampak kesungguhan kita, disiplin dan sifat kita. Itu yang mempengaruhi mereka untuk bergabung atau menyertai kita.

Ada 2 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mencipta email korporat anda:
1. Wujudkan satu agensi atau company maya anda. Contohnya saya: Fokusvemma
Maka agensi saya bernama Fokusvemma.

2. Cipta nama email pengirim. Contohnya saya Admin, Info, dsb.


Jadi bila dah ada perkara di atas, marilah daftar email korporat pertama anda.

1. Klik http://www.gmail.com/

2. Pilih Create an account



3. Isikan nama pengirim seperti berikut:
First name : Admin
Last Name : nama company atau agensi yang anda dah cipta
Desired Login name: Nama company...Cth dagangria



4. Jgn lupe check availability

5. Pilih password. Seeloknya kombinasi huruf dan abjad...
Tulis dulu password pd kertas dan pastikan tidak Caps Lock.

6. Security Question : Pilih write my own question dan masukkan apa-apa soalan berkaitan password anda




7. Answer : Berikan pembayang kepada password anda (yang anda sendiri sahaja tahu)




8. Secondary Email: Biarkan kosong (kalau ada email lain boleh isikan spy senang Gmail nak hantar password baru jika anda terlupa)

9. Word Verification : Isikan abjad yang berwarna merah dalam kotak yang disediakan.




10. Akhir sekali klik I Accept. Create my account.

Tahniah! Anda sudah berjaya mencipta email korporat anda sendiri.
Mulakan promosi, follow up dan autoresponder anda dari sini. Enjoy your email now!